sARAWAk -
Sarawak ialah salah satu negeri di Asia Tenggara yang diduduki oleh manusia. Ia
berlaku kira-kira 40000 tahun dahulu. Penemuan arkeologi seperti tulang
manusia, tembikar, dan bekas perkuburan membuktikan bahwa manusia telah
mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi.
Di Gua
Niah telah ada tengkorak yang begitu tua, setua 40,000 tahun.
".
. . the ice age" refers to the most recent colder period that peaked at
the Last Glacial Maximum approximately 20,000 years ago, in which extensive ice
sheets lay over large parts of the North American and Eurasian
continents." (Wikipedia)
Jika dikaitkan
dengan tengkorak tadi berusia 40,000 tahun dan Pentas Sunda pula terbentuk
20,000 tahun dahulu, maka tidak mustahil manusia-manusia ini dan keturunannya
telah menjelajah malah mendiami daratan-daratan yang timbul ini. Dan setelah
zaman ais berakhir maka berpindahlah mereka ke tempat-tempat yang lebih tinggi,
seperti yang kita dapat lihat hari ini. Sudah pasti setiap kaum akan mengikut
kaumnya. Dan disebabkan itu juga hingga hari ini kita boleh lihat setiap kaum
mempunyai kawasan 'autoriti' nya sendiri.
Penemuan ini adalah sesuatu yang amat menarik. Jika dikaitkan dengan satu lagi kajian DNA oleh Dr. Zafarina dari USM, dikatakan bahawa secara genetiknya pola menunjukkan bahwa penduduk Asia Tenggara berasal dari Borneo. Jika kita lihat demografi di Borneo hal ini tidaklah mustahil kerana Borneo mempunyai kepelbagaian entik yang amat tinggi.

