Saturday, 7 March 2015

Pengertian MALAyu . . .


sARAWAk Sejarah Sarawak hari ini ingin membicarakan tentang satu bangsa utama yang menduduki bumi Sarawak ini iaitu MALAyu. Ada 2 fokus utama dalam mengkaji tentang bangsa MALAyu ini iaitu,

1) Dari mana asal-usulnya,

2) Apakah pengertian 'MALAyu' itu sendiri.

Kita pun sedia maklum penjajahan 'orang luar' terhadap negara kita berlaku sekian lama, iaitu lebih 500 tahun yang lalu dari tahun 1511-1963.  Semasa penjajahan ini banyak kitab dan khazanah ilmu Nusantara ini telah dimusnahkan serta dirompak oleh penjajah. 

Ada pendapat mengatakan penjajah melakukannya demikian kerana ingin memusnahkan sejarah bangsa kerana sekiranya suatu bangsa itu mengetahui sejarahnya, ianya akan membangkitkan semangat perjuangan yang amat bahaya bagi penjajah.

Oleh sebab kekurangan sumber rujukan inilah maka pengkajian terhadap sejarah bangsa MALAyu ini masih diteruskan sehingga hari ini.

Kali ini Sejarah Sarawak ingin berkongsi maklumat yang dipetik daripada seorang pengkaji sejarah MALAyu yang hanya mahu dikenali sebagai Srikandi (yang menghasilkan riwayatmelayu.blogspot.com).  Berikut adalah pengertian 'MALAyu' mengikut pendapat beliau.

"Perkataan 'MALA' adalah kata yang diambil dari satu manuskrip kuno (scriptures) yang menceritakan kehidupan, perjuangan untuk hidup dan peperangan yang terjadi di Nusantara beribu tahun dahulu.

'MALA' sebenarnya bermaksud 'bunga' atau 'haruman'. 'Mala' adalah asas bagi nama bunga Melati dan Melur; 2 bunga yang menjadi lambang yang bertahap 'cult' dalam mistik dan kesusasteraan MALAyu.

Nama gadis-gadis MALAyu purba kerapkali diberi nama Melati atau Melur, menunjukkan nama 2 bunga ini adalah nama yang tertua dan terkenal sekali di kalangan bangsa MALA.

Perkataan MALA adalah nama asli bangsa ini, ketika di sebelah Parsi-Sumeria, bangsa ini digelar Mala-Ur atau negeri Mala/kaum MALA, tidak hairanlah sarjana Tamil atau Sanskrit Purba menamakan bangsa ini sebagai Malai-Ur atau Malayur, ini kerana sudah tentu mereka mengambil nama ini dari manuskrip Sanskrit dan Avesta kerana bangsa Aryanlah yang membawa budaya Vedic dan warisan ilmu pengetahuan dan kesusasteraan ke Benua Kecil India.

Perhatikan kata Mala-Ur ini berubah menjadi Melur di lidah orang MALAyu. Para sarjana China Purba pula menamakan bangsa ini Mo-Lo-Yue dan kata ini berasal dari kata Ma-La-Yu.

'Mala-Yu' adalah nama yang diberi oleh raja-raja Babylon dan Assyria kerana -Yu adalah suffix dalam bahasa kuno Avesta yang merujuk kepada budaya, pemikiran seterusnya kaum itu sendiri. Gadis yang bernama Mala, Melur atau Melati adalah lambang gadis suci yang penuh sopan-santun dan adat MALAyu ketimuran."





Rosli Dhoby


sARAWAk Rosli Dhoby berketurunan Melanau, lahir pada tahun 1932, di Kampung Pulo, Sibu, Sarawak. Beliau digantung hingga mati pada 2 Mac 1950 di Kuching. Dia diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British.

Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang ke-2, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949.

Beliau mengaku bersalah apabila ibunya menerima ugutan akan ditembak. Selepas beberapa bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Februari 1950.

Turut sama digantung ialah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong. Kematian mereka berempat menyebabkan gerakan penentangan antikolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak.

Mereka dikebumikan di situ juga, di Penjara Pusat Kuching, tanpa batu nisan di bawah tembok perkarangan penjara. Pihak British bimbang akan kebangkitan semula gerakan penentangan antikolonial yang tamat secara mendadak selepas kematian mereka berempat.

Setelah 46 tahun bersemadi di Tanah Perkuburan Penjara Kuching, pada 2 Mac 1996, keempat-empat pejuang kemerdekaan ini dikebumikan semula dengan diberikan pengkebumian negeri di Makam Pahlawan Sarawak, berdekatan dengan Masjid Bahagian Sibu.

 Ketika itulah, keempat-empat buah keranda yang mengandungi tinggalan jenazah mereka diselimuti dengan bendera negeri Sarawak, sebagai menunaikan salah satu daripada wasiat Allahyarham Rosli Dhoby.

Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu. Sumber lain: Wikipedia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...