sARAWAk - Rosli
Dhoby berketurunan Melanau, lahir pada tahun 1932, di Kampung Pulo, Sibu,
Sarawak. Beliau digantung hingga mati pada 2 Mac 1950 di Kuching. Dia diiktiraf
sebagai pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British.
Rosli
didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang ke-2, Sir
Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949.
Beliau
mengaku bersalah apabila ibunya menerima ugutan akan ditembak. Selepas beberapa
bulan dalam penjara di Kuching, Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2
Februari 1950.
Turut
sama digantung ialah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit
Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong. Kematian mereka berempat menyebabkan
gerakan penentangan antikolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak.
Mereka
dikebumikan di situ juga, di Penjara Pusat Kuching, tanpa batu nisan di bawah
tembok perkarangan penjara. Pihak British bimbang akan kebangkitan semula
gerakan penentangan antikolonial yang tamat secara mendadak selepas kematian
mereka berempat.
Setelah
46 tahun bersemadi di Tanah Perkuburan Penjara Kuching, pada 2 Mac 1996,
keempat-empat pejuang kemerdekaan ini dikebumikan semula dengan diberikan
pengkebumian negeri di Makam Pahlawan Sarawak, berdekatan dengan Masjid Bahagian
Sibu.
Ketika itulah, keempat-empat buah keranda yang
mengandungi tinggalan jenazah mereka diselimuti dengan bendera negeri Sarawak,
sebagai menunaikan salah satu daripada wasiat Allahyarham Rosli Dhoby.
