sARAWAk - Sejarah
Sarawak hari ini ingin membicarakan tentang satu bangsa utama yang menduduki
bumi Sarawak ini iaitu MALAyu. Ada 2 fokus utama dalam mengkaji tentang bangsa
MALAyu ini iaitu,
1) Dari
mana asal-usulnya,
2) Apakah
pengertian 'MALAyu' itu sendiri.
Kita
pun sedia maklum penjajahan 'orang luar' terhadap negara kita berlaku sekian
lama, iaitu lebih 500 tahun yang lalu dari tahun 1511-1963. Semasa penjajahan ini banyak kitab dan
khazanah ilmu Nusantara ini telah dimusnahkan serta dirompak oleh penjajah.
Ada
pendapat mengatakan penjajah melakukannya demikian kerana ingin memusnahkan
sejarah bangsa kerana sekiranya suatu bangsa itu mengetahui sejarahnya, ianya
akan membangkitkan semangat perjuangan yang amat bahaya bagi penjajah.
Oleh
sebab kekurangan sumber rujukan inilah maka pengkajian terhadap sejarah bangsa
MALAyu ini masih diteruskan sehingga hari ini.
Kali
ini Sejarah Sarawak ingin berkongsi maklumat yang dipetik daripada seorang
pengkaji sejarah MALAyu yang hanya mahu dikenali sebagai Srikandi (yang
menghasilkan riwayatmelayu.blogspot.com).
Berikut adalah pengertian 'MALAyu' mengikut pendapat beliau.
"Perkataan
'MALA' adalah kata yang diambil dari satu manuskrip kuno (scriptures) yang
menceritakan kehidupan, perjuangan untuk hidup dan peperangan yang terjadi di
Nusantara beribu tahun dahulu.
'MALA'
sebenarnya bermaksud 'bunga' atau 'haruman'. 'Mala' adalah asas bagi nama bunga
Melati dan Melur; 2 bunga yang menjadi lambang yang bertahap 'cult' dalam
mistik dan kesusasteraan MALAyu.
Nama gadis-gadis
MALAyu purba kerapkali diberi nama Melati atau Melur, menunjukkan nama 2 bunga
ini adalah nama yang tertua dan terkenal sekali di kalangan bangsa MALA.
Perkataan
MALA adalah nama asli bangsa ini, ketika di sebelah Parsi-Sumeria, bangsa ini
digelar Mala-Ur atau negeri Mala/kaum MALA, tidak hairanlah sarjana Tamil atau
Sanskrit Purba menamakan bangsa ini sebagai Malai-Ur atau Malayur, ini kerana
sudah tentu mereka mengambil nama ini dari manuskrip Sanskrit dan Avesta kerana
bangsa Aryanlah yang membawa budaya Vedic dan warisan ilmu pengetahuan dan
kesusasteraan ke Benua Kecil India.
Perhatikan
kata Mala-Ur ini berubah menjadi Melur di lidah orang MALAyu. Para sarjana
China Purba pula menamakan bangsa ini Mo-Lo-Yue dan kata ini berasal dari kata
Ma-La-Yu.




